Social Icons

facebookemail

Featured Posts


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Datang Ke Laman Web Persatuan Kebajikan Briged X Gurkha Malaya 4RAMD

X GURKHA MALAYA 4RAMD


Hidupmu untuk berkorban…
Pengorbananmu untuk agama, bangsa dan Negara…
Darahmu untuk tanahair…Semangatmu untuk masa hadapan…
Hatimu untuk Yang Maha Esa…Air matamu untuk kemenangan…
……………………….Inilah GURKHA MALAYA……………………….

Alhamdulilah, kepada semua ahli-ahli Persatuan yang telah memberi kerjasama dalam menubuhkan persatuan ini khususnya untuk OTAI-OTAI IV RAMD (Gurkha Malaya). Pihak Persatuan mengharapkan kepada semua ahli-ahli persatuan supaya dapat melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang akan Persatuan anjurkan.

Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan OTAI-OTAI 4RAMD (Gurkha Malaya), sekali lagi Persatuan Kebajikan OTAI-OTAI IV RAMD (Gurkha Malaya) mengalu-alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke-4 Askar Melayu DiRaja (Gurkha Malaya) untuk bersama-sama menyertai persatuan ini, supaya ianya tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan. Persatuan Kebajikan Briged X Gurkha Malaya 4RAMD akan menjadikan persatuan ini bergerak aktif selaras dengan perancangan-perancangan yang direncanakan oleh Ahli jawatankuasa yang ada. Ini semua dapat dicapai sekiranya semua pihak yang terlibat dapat memberikan dengan ikhlas semua sumbangan dan kerjasama kepada persatuan.

Wahai tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat serta selamatkan kami dari azab api neraka.(Al-Baqarah:201)

28.08.2015 - LAWATAN KE KEM TAPAH




Perjumpaan ahli PKBXGM 4RAMD bersama pihak Kem Tapah, Perak.

Lihat Lagi, Klik Disini