Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak Persatuan Kebajikan Briged X Gurkha Malaya 4RAMD bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.

28.08.2015 - LAWATAN KE KEM TAPAH


Perjumpaan ahli-ahli PKBXGM 4RAMD bersama pihak Kem Tapah, Perak pada 28.08.2015.







28.08.2015 - ZIARAH DAN HULUR BANTUAN



Pengerusi Persatuan Othman CP Briged menyampaikan sumbangan hasil kutipan derma kilat kepada ahli briged yg hadir ke Kem Tapah, Perak pada 28.08.2015 jam1200h.

Dirumah Sjn Yakcop


Bantuan kaki palsu diberikan kepada ahli briged iaitu isteri kepada Q-Razali

Menziarahi ahli keluarga briged iaitu anaknya di hospital.


16.08.2015 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung pada 16.08.2015 di Senawang, N.Sembilan dan disambut dengan meriah. CO IV RAMD tidak dapat hadir bersama pada majlis tersebut kerana menjalankan tugas di Sabah dan beliau memohon maaf atas kesulitan daripada pihaknya. Walaubagaimanapun, beliau sangat mengalu-alukan kunjungan daripada warga PKBXGM 4RAMD dan semoga ukhuwah yang dibina bersama kekal selamanya.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKBXGM4RAMD







07.06.2015 - PERJUMPAAN KE-2 PERSATUAN


Pada 07.06.2015, Perjumpaan kali ke-2 diadakan di rumah Masman di Felda Sungai Lui, N.Sembilan dan sekali meraikan kenduri di rumah beliau.






03.06.2015 - ZIARAH PEGAWAI 4RAMD (TN. ZAMRI)


Pada 03.06.2015, sekali lagi skuad X Gurkha Malaya 4RAMD meluangkan masa dengan menziarahi pegawai 4RAMD iaitu Tn. Zamri di Kuala Selangor dan juga LLP. Perjumpaan bersama pegawai serta LLP mengimbau kenangan lalu ketika bersama-sama di unit 4RAMD.

Pegawai 4RAMD - Tn. Zamri
PKBXGM 4RAMD bersama Tn. Zamri

31.05.2015 - PERJUMPAAN PERTAMA PERSATUAN


Perjumpaan ini adalah untuk perbincangan awal mengenai pertubuhan Persatuan Kebajikan Briged X Gurkha Malaya 4RAMD.

Skuad X Gurkha Malaya 4RAMD
Skuad X Gurkha Malaya 4RAMD

25.05.2015 - ZIARAH TEMAN SEPERJUANGAN


Pihak Persatuan Kebajikan Briged X Gurkha Malaya 4RAMD menziarahi teman seperjuangan yang yang sakit dan uzur serta menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga X 4RAMD serta berkongsi kisah suka dan duka ketika berkhidmat di ATM.






23.05.2015 - MAJLIS SILATURRAHIM


Majlis Silaturrahim "Balik Kampung" 4RAMD (Gurkha Malaya) dan Penyampaian  Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang bertempat di PUSASDA, Port Dickson, N. Sembilan.