Pengenalan

Persatuan Kebajikan Briged X Gurkha Malaya 4RAMD (PKBXGM 4RAMD) telah didaftarkan di ROS dan diluluskan pada 29 Jun 2015. PKBXGM 4RAMD kini beroperasi di No.41 Lorong Seri Sementa 5, Taman Seri Sementa, Batu 7 Jalan Kapar, 42200 Klang, Selangor. Mempunyai keahlian berdaftar seramai 60 orang.

Kepada semua bekas anggota 4RAMD di seluruh negara ataupun masih berkhidmat, dijemput untuk menjadi ahli Persatuan Kebajikan Briged X Gurkha Malaya 4RAMD yang telah ditubuhkan pada bulan Jun 2015. Pihak persatuan sangat mengalu-alukan kehadiran bekas anggota 4RAMD untuk bersama menjaga kebajikan bekas anggota di samping menunaikan tanggungjawab sosial kepada negara.

Sijil Pendaftaran PKBXGM 4RAMD

MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan OTAI-OTAI 4RAMD (Gurkha Malaya) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli, selain merapatkan hubungan silaturrahim bersama keluarga yang mana selama ini berpisah tanpa khabar berita setelah menamatkan perkhidmatan mahupun warga anggota ATM 4RAMD (Gurkha Malaya) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan OTAI-OTAI 4RAMD (Gurkha Malaya) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 4RAMD (Gurkha Malaya) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat berkongsi cerita kisah suka dan duka ketika berkhidmat di ATM.

VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli-ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.