Daftar Ahli

Kepada semua bekas anggota 4RAMD dijemput untuk menjadi ahli Persatuan Kebajikan Briged X Gurkha Malaya 4RAMD yang telah ditubuhkan pada 29 Jun 2015.

Persatuan memerlukan lebih ramai ahli bagi mencapai matlamat penubuhannya dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bagi anggota yang sudah lama tidak berhubung selepas tamat perkhidmatan.

Kepada semua bekas anggota yang berminat untuk menyertai persatuan ini boleh menghubungi persatuan di talian 011-17981052 untuk maklumat lanjut atau boleh mengisi borang keahlian dan menghantar ke alamat e-mel pkbxgm4ramd@gmail.com.

Maklumat Yuran:
  • Yuran keahlian untuk seumur hidup dikenakan sebanyak RM 20.00.
  • Yuran bulanan dikenakan sebanyak RM 10.00.
  • Pembayaran yuran keahlian atau bulanana juga boleh dibuat di bank MAYBANK, No Akaun 562647317382 atas nama Persatuan Kebajikan Briged X Gurkha Malaya 4 RAMD.
Kepada semua ahli-ahli persatuan yang telah berdaftar melalui e-mel atau secara manual, dikehendaki membuat pembayaran yuran ahli kepada Bendahari Persatuan melalui "bank-in" ke akaun atau secara tunai.

Sila hubungi dengan Bendahari atau Setiausaha Persatuan jika sudah membuat pembayaran melalui akaun bank persatuan, sila simpan resit untuk pembuktian bagi pengesahan pembayaran dan resit rasmi dari persatuan akan dikirimkan kepada ahli yang telah membuat pembayaran.